Perut buncit pasti memburukkan penampilan dan bagi wanita ada yang mengatakan sedang mengandung padahal tiada. Di sini Dilla kongsikan 6 cara kempiskan perut dan semoga ia memberi manfaat kepada semua.
1) Minum banyak air masak
Setiap orang perlu minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kuantiti air yang perlu diminum setiap orang ialah 25kg bersamaan 1 liter air. Jadi lihatlah berat badan anda dan kira berapa banyak air perlu diminum. Air yang banyak membantu proses pencernaan badan.
 |
| Air masak |
2) Kurangkan garam dalam makanan
Terlalu banyak garam semasa diet akan menambah sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses pengeluaran air. Akibatnya perut menjadi kembung dengan gas yang terbentuk.
 |
| Garam |
3) Makan dengan perlahan
Makanan yang tidak dikunyah sehingga hancur tidak dapat dicerna dengan sempurna. Ia mengakibatkan perut kembung. Jadi kunyah makanan perlahan-lahan baru ditelan.
 |
| Makan perlahan |
4) Makan makanan kaya serat
Banyak ambil sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut piramid makanan. Buah epal dan pear amat digalakkan begitu juga dengan sayuran hijau.
 |
| Makan berserat |
5) Hindari sembelit
Sembelit berlaku jika seseorang itu mengalami masalah pembuangan tidak lebih dari 3 kali seminggu. Kesannya perut mengumpul gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak yang boleh menyebabkan kembung dan buncit. Oleh itu pengambilan serat setiap hari adalah digalakkan.
 |
| Sembelit |
6) Senaman dan bersukan
Bersenam 3 kali seminggu membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan bagus untuk pembakaran serta memecahkan lemak.
 |
| Bersenam |
Cubalah tips kempiskan perut ini. Selamat maju jaya.