Wednesday, 15 January 2014

FAQ Tentang Healing Crisis / Krisis Penyembuhan dalam Shaklee

Ramai yang mengalami kesan yang lebih teruk lepas makan Shaklee. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit lutut, ada yang demam dan macam-macam lagi. Beberapa kes yang saya sering dengar adalah:

  • Sakit kepala lepas makan alfalfa
  • lutut makin sakit lepas makan AJHT
  • Period tak stabil lepas makan GLA
  • Sengal-sengal badan lepas makan Ostematrix

Ramai mengadu bertambah sakit, kenapa makin sakit padahal makan supplemen nak jadi lebih sihat?

Haaaa.
Itu namanya Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan.

Jom Baca FAQ tentang Healing Crisis

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

 Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. 

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

credit
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara Part-time @ Full-time?

Hubungi:
DILLA Sms/Whatsup 019-727 0181

Shaklee ID 892145 


dan LIKE PAGE Danish Mama Shoppe

Monday, 13 January 2014

11 Kesan Penyembuhan (Healing Crisis)

Setiap kali saya consult rakan-rakan yang makan Shaklee, saya pasti ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee. Pastinya semua orang ingin dapatkan kesan yang baik. Tetapi ada juga yang makan Shaklee tetapi dapat kesan yang tidak seperti diinginkan. Makin sakit lagi adalah..

Itu adalah kesan penyembuhan (Healing Crisis)
 
Saya senaraikan 11 Kesan Penyembuhan dan Petandanya untuk Rujukan.



Kesan Penyembuhan #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin





Kesan Penyembuhan #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Meransang fungsi imunisasi badan





Kesan Penyembuhan #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar





Kesan Penyembuhan #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah





Kesan Penyembuhan #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat





Kesan Penyembuhan #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin





Kesan Penyembuhan #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah





Kesan Penyembuhan #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.





Kesan Penyembuhan #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan





Kesan Penyembuhan #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah





Kesan Penyembuhan #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon





Kesan Penyembuhan #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan ada Buasir





Kesan Penyembuhan #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)





Kesan Penyembuhan #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati





Kesan Penyembuhan #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang





Kesan Penyembuhan #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat

 
 
 Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan 
secara Part-time @ Full-time?

Hubungi:
DILLA Sms/Whatsup 019-727 0181
Shaklee ID 892145 
dan LIKE PAGE Danish Mama Shoppe

Wednesday, 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014


Selamat Tahun Baru semua tak kira di mana anda berada. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang lebih baik. Semoga apa yang diazamkan akan dapat dicapai dan impian menjadi kenyataan.

Jagalah kesihatan diri dulu sebelum anda menjaga kesihatan keluarga anda. Buatlah pilihan yang bijak. Sempena tahun baru ini, Dilla ada buat special DISKAUN....Nak tahu hubungi Dilla sms/whatsapp 019-727 0181

Followers