Tuesday, 7 October 2014

Bengkak susu @ Mastisis

Penyusuan bayi dengan susu ibu adalah satu pengalaman yang sangat indah. Namun ada kalanya berlaku pengalaman buruk bagi ibu seperti bengkak susu atau dikenali sebagai Mastisis. Bengkak susu adalah perkara semulajadi berlaku kerana banyak susu dihasilkan. Bagaimanapun pembengkakan boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat segera. Ibu perlu segera pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Jika ia berulang, minta doktor periksa tekak anak anda kerana takut ada jangkitan yang boleh menjangkiti payudara ibu.

 

Tanda-tanda bengkak susu
* Tanda merah pada payudara
* Payudara rasa bengkak dan sakit
* Simptom selsema, demam dan sakit urat

Apa yang boleh anda lakukan
* Teruskan menyusu
* Susukan anak sekerap munkin
* Susukan anak pada payudara yang bengkak dahulu
* Rangsang aliran susu dengan bersenam (lebih kepada bahagian tangan)

Jika dalam tempoh 12 jam bengkak susu masih ada, segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memberikan anda antibiotik yang selamat untuk ibu menyusu.
 
credit: Koleksi Pa&Ma

Monday, 6 October 2014

Jangan cepat putus asa



Kuatkan semangat dan terus berusaha. Percaya sebelum berjaya

Sunday, 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalammualaikum semua.

Dilla nak ucapkan kepada semua umat Islam di dunia ini, 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Apa jua pengorbanan yang kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas dan kerana Allah. Janji Allah itu pasti dan Allah beri yang terbaik kepada yang memohon kepadaNya. Semoga hidup kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. InsyaAllah

Wednesday, 1 October 2014

Lakukan SEKARANG

Assalammualaikum. 

Tulislah impian dan buat perancangan. Lakukan sehingga impian tersebut menjadi kenyataan. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal (DUIT). Ingatlah Allah ada bersama kita


Followers