Wednesday, 30 September 2015

6 Cara kempiskan perut


Perut buncit pasti memburukkan penampilan dan bagi wanita ada yang mengatakan sedang mengandung padahal tiada. Di sini Dilla kongsikan 6 cara kempiskan perut dan semoga ia memberi manfaat kepada semua.

1) Minum banyak air masak
Setiap orang perlu minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kuantiti air yang perlu diminum setiap orang ialah 25kg bersamaan 1 liter air. Jadi lihatlah berat badan anda dan kira berapa banyak air perlu diminum. Air yang banyak membantu proses pencernaan badan.

Air masak


2) Kurangkan garam dalam makanan
Terlalu banyak garam semasa diet akan menambah sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses pengeluaran air. Akibatnya perut menjadi kembung dengan gas yang terbentuk.

Garam

3) Makan dengan perlahan
Makanan yang tidak dikunyah sehingga hancur tidak dapat dicerna dengan sempurna. Ia mengakibatkan perut kembung. Jadi kunyah makanan perlahan-lahan baru ditelan.

Makan perlahan

4) Makan makanan kaya serat
Banyak ambil sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut piramid makanan. Buah epal dan pear amat digalakkan begitu juga dengan sayuran hijau.

Makan berserat

5) Hindari sembelit
Sembelit berlaku jika seseorang itu mengalami masalah pembuangan tidak lebih dari 3 kali seminggu. Kesannya perut mengumpul gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak yang boleh menyebabkan kembung dan buncit. Oleh itu pengambilan serat setiap hari adalah digalakkan.

Sembelit

6) Senaman dan bersukan
Bersenam 3 kali seminggu membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan bagus untuk pembakaran serta memecahkan lemak.

Bersenam


Cubalah tips kempiskan perut ini. Selamat maju jaya.

Tuesday, 29 September 2015

Resepi Tomyam Seafood

Makanan kegemaran Dilla adalah yang berkuah. Paling suka sup dan tomyam. Kalau makan camtu je pun bole tanpa nasi. Hari ni Dilla kongsi resepi macam mana nak buat sup tomyam seafood yang mudah dan cepat masak. Sesuai untuk ibu-ibu berkerja yang sibuk. Cubalah.

Sup Tomyam Seafood

Bahan-bahannya ialah :-
300 gm udang
300 gm sotong
2 batang serai
2 biji tomato (dibelah empat)
2 helai daun limau purut
5 ulas bawang besar (dihiris)
Pes tomyam secukup rasa
1 kiub pati ayam
750 ml air
Sedikit jus limau nipis

Cara-cara membuatnya :-
1) Didihkan air bersama tomato, serai, bawang besar dan daun limau purut.
2) Masukkan udang bersama pes tomyam dan kiub ayam. Kacau rata.
3) Masukkan sotong dan jus limau purut.
4) Biarkan seketika dan boleh dihidang.

Hidangan untuk 3 orang

Credit : Rapi Mac 09

Pic credit google


Thursday, 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dilla nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidi Adha. Selamat Berkorban semoga pengorbanan anda diberkati Allah. Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap.



Friday, 8 May 2015

Makanan yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan semasa pantang

Untuk simpanan peribadi dan panduan semua



jenis-jenis ikan






ulam dan sayur-sayuran







buah-buahan




Lain-lain makanan





Air


copy paste dari group facebook


Friday, 1 May 2015

Selamat Hari Pekerja

Assalammualaikum semua.

Selamat Bercuti dan bergembira di samping keluarga. Cuti panjangkan minggu ni. Selamat Hari Pekerja.





Pengedar Shaklee Melaka
NURFADILAH SUARDI (SID 892145)
SMS/WHATSAPP 019-727 0181
INSTAGRAM :NURFADILAHSUARDI
EMAIL : :fadilaz2983@gmail.com

Tuesday, 14 April 2015

Persamaan mereka

Subahanallah. Sungguh indah ciptaan Allah. Persamaan mereka




..
..



..
..




..
..


..
..




..
..




..
..




..
..




..
..




..
..




Copy paste dari facebook

Sunday, 5 April 2015

Buah-buahan dunia

Pencuci mulut....Pembuka selera. Buah sedap dimakan dan banyak khasiatnya. Dilla ada baca satu ruangan Glosari di Majalah Dara.com tentang nama buah diseluruh dunia. Dilla kongsi di sini







A = Anggur
B = Betik
C = Ciku
D = Durian
E = Epal
F = Fragaria x ananassa (strawberi)
G = Gajus
H = Hydnophytum formicarium (kelapa beruk)
I = Illawarra Plum
J = Jambu Batu
K = Kelapa
L = Langsat
M = Mangga
N = Nanas
O = Oren
P = Pisang
Q = Quandong
R = Rambutan
S = Sukun
T = Tembikai
U = Ugni (Myrtaceae)
V = Vitis Vinifera L
W = Water Apple
X = Xerospermum Intermedium (rambutan pacat)
Y = Yangmei
Z = Zaiton

Credit : majalah dara.com April 2015




Sunday, 8 March 2015

Best Quote

Kata-kata ini memberi semangat untuk terus berjaya. Semoga Dilla akan terus maju dan berjaya. Biar lambat jangan tak mulakan langsung. Bertindaklah sekarang.
kt

Sunday, 25 January 2015

6 sebab perlu minum air putih/ air masak

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Apa khabar? Harap korang semua sihat selalu dan gembira bersama yang tersayang. Hari ni Dilla nak share kenapa perlu minum air putih yang cukup setiap hari. Jom baca ni




1) Mengelakkan dehidrasi
Ini kerana 60% badan manusia terdiri daripada air. Jika kita kurang minum air, kulit akan menjadi kering dan kesihatan akan terjejas.

2) Melancarkan sistem pencernaan
Jadi tiadalah masalah sembelit dan kesukaran membuang air besar

3) Menurunkan berat badan
Bagus untuk yang sedang berdiet. Sebab air putih tiada kalori, gula ataupun lemak.

4) Kecantikan
Kulit akan lebih lembap dan bersih

5) Kesihatan
Ia membantu membersihkan dalaman dan membuang toksin di dalam badan. Oleh itu, tubuh akan lebih sihat dan cergas

6) Meningkatkan metabolisme

dan



Jadi...minumlah air secukupnya setiap hari. 25 kg badan bersamaan 1 liter air. Jadi perhatikan berat badan korang, dan berapa perlu minum air setiap hari. Semoga hidup lebih sihat dan cergas.

Thursday, 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Selamat tinggal 2014 dan Selamat Datang 2015

Dilla nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini lebih diberkati Allah dan lebih dimurahkan rezeki Allah. Amin.


Jom kita berusaha lebih agar semua azam tahun 2015 tercapai lebih awal. Apa azam tahun baru kawan-kawan?


Followers