Wednesday, 31 December 2014

SOHO

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Hari ini 31 Disember 2014, Hari terakhir 2014. Apa yang berlaku suka duka pada 2014 jadikan ia pengalaman dan pelajaran agar menjadi lebih baik pada tahun 2015. Banyak juga azam dan impian 2014 belum tercapai, InsyaAllah Dilla akan teruskan pada tahun 2015 nanti. Semoga 2015 Dilla lebih bersemangat dan berjaya dunia akhirat.

Okeylah berbalik kepada tajuk.....SOHO adalah singkatan daripada perkataan Small Office Home Office / Single Office Home Office. Golongan wanita adalah kumpulan yang paling ramai memiliki SOHO. Ini kerana mereka bekerja dari rumah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga terutama yang memiliki anak kecil. Mereka tidak hanya duduk romah goyang kaki semata-mata, tetapi mereka memiliki pendapatan sendiri dari bekerja dari rumah, samada online ataupun offline.

Kebiasaannya SOHO perlu ada meja & kerusi, tempat penyimpanan barang/produk dan juga rak buku bacaan. Dilla masih belum ada SOHO sebegitu tetapi dalam perancangan nak memiliki SOHO tersendiri. Ini antara rekaan SOHO yang menjadi idaman Dilla. Semoga tahun 2015 ni Dilla ada SOHO tersebut. InsyaAllah



hanya single 





berdua bersama My Love

atau yang ni


berdua juga


Korang ada SOHO tak? Macam mana design SOHO tu?

Tuesday, 30 December 2014

Makna warna air kencing

Jom kenali warna air kencing anda. Bunyi macam kotor tapi ini penting untuk tahu tahap kesihatan kita. Jangan ambil mudah perkara ini. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Paling utama, minum air secukupnya setiap hari.



Monday, 22 December 2014

Ia tak lama

Bila gagal sememangnya akan kecewa, 
Pastikan ia tidak lama...Just Move On -Irfan Khairi


 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Friday, 19 December 2014

Saya Pilih ....

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Saya pilih .....



Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.


Thursday, 18 December 2014

Rezeki Allah itu luas

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah...sentiasalah ucap Alhamdulillah dan Bersyukur dengan rezeki yang kita ada dan kita dapat. Allah akan tambah lagi rezeki jika kita bersyukur

 

Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Tuesday, 16 December 2014

Bersyukurlah

Assalammualaikum semua.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Itu lebih berharga dan Allah akan tambah lagi rezeki kita. InsyaAllah



Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Monday, 15 December 2014

Renungan bersama

Assalammualaikum semua...Ingatlah kalimah ini selalu

 

Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Monday, 8 December 2014

Petua Bisnes Donald Trump

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan lebih dirahmati Allah. Dilla nak share pada semua Petua Bisnes Donald Trump. Semoga ia memberi manfaat kepada kawan-kawan yang sedang membuat bisnes dan memberi semangat kepada yang ingin memulakan perniagaan. Setiap kejayaan pasti perlukan pengorbanan kan. Jom sama-sama kita amalkan perkara yang baik agar impian dan cita-cita menjadi kenyataan. InsyaAllah



dan






Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Sharing is caring. All the best






Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH





Friday, 5 December 2014

Renungkanlah dan Bersyukurlah

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Kita sering fikir sesuatu yang tiada atau hilang, sehingga kita lupa bersyukur dengan apa yang kita ada terutama yang ada di depan mata. Nikmat Allah sangat luas, besar dan pelbagai bentuk. Pernahkah kita bersyukur dengan nikmat mata, telinga, kaki, tangan, mulut yang diberi Allah ini?? Ciptaan Allah sungguh sempurna dan mempunyai fungsi tersendiri.

Renung-renungkanlah dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun ia kecil. 

Jangan Bersedih #1

 
Mama QD
sms/whatsapp 019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH
 

Monday, 1 December 2014

Saya bahagia bila......

Assalammualaikum semua

Di mana kunci kebahagian anda? 

kebahagian saya Mama QD

Saya bahagia bila BEBAS DARI MASALAH KEWANGAN (sedang menuju ke arah itu) dan bila orang yang saya sayang turut bahagia. Bahagialah bersama yang tersayang dan buatlah PILIHAN yang terbaik

Mama QD

Sunday, 30 November 2014

7 Bacaan Pembuka Rezeki

Rezeki adalah milik Allah. Manusia adalah asbab. Rezeki Allah luas dan datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Mungkin terus kepada kita, ataupun mungkin datang kepada anak, suami, ibu bapa atau keluarga kita. Kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia juga adalah rezeki Allah. Dilla kongsikan kepada semua 7 Bacaan pembuka rezeki yang boleh kita amalkan setiap hari dalam kehidupan ini. Selamat Beramal


Jom Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Friday, 28 November 2014

Tips Kurus-Madu membantu diet anda

Madu adalah bahan semulajadi. Rasanya yang manis dan sedap penuh dengan pelbagai khasiat. Ia salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Madu boleh dijadikan sebagai penganti gula dalam makanan dan minuman kita. Madu juga sangat baik sebagai alternatif menjaga lingkaran pinggang dan juga membantu diet anda. Jom Dilla kongsi tips kurus bagaimana madu membantu diet anda.



MADU DAN LEMON




Minum segelas air lemon bersama dengan madu setiap pagi. Ia membantu meningkatkan metabolisme badan dan memberi kesegaran kepada anda di waktu pagi. Ia juga berfungsi sebagai detoks untuk dalaman badan anda.


MADU DAN KAYU MANIS

Campuran air kayu manis bersama madu sangat disarankan untuk anda yang sedang berdiet dan ingin hidup lebih sihat. Ia membantu meningkatkan sistem metabolisme badan dan menyihatkan badan.


TEH MADU


Minuman teh bersama madu membuatkan anda rasa tenang dan nyaman. Rasanya yang lebih sedap jika dibandingkan dengan rasa gula yang biasa anda letak. Cubalah. 
 

MADU DAN HALIA

 


Kombinasi madu dan halia membantu sistem penghadaman badan lebih baik dan sihat. Ia juga sebagai anti bakteria dan menghalang virus kuman merebak ke seluruh badan. Rasanya menghangatkan tubuh anda.



SUSU MADU


Madu juga boleh dicampurkan ke dalam susu kegemaran anda. Rasanya akan lebih sedap dan tidaklah mengganggu diet anda.


Anda juga digalakkan minum air madu selepas makan bagi membantu melancarkan sistem penghadaman dan membantu program diet anda. Mulai hari ini jom kita gantikan gula kepada madu supaya hidup lebih sihat.

sumber: majalah rapi Oktober 2013

 Mama QD
sms/whatsapp 019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com

Thursday, 20 November 2014

Tips untuk mendapatkan anak

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Pagi ini Dilla nak kongsikan Tips untuk mendapatkan anak. Ia perlu dilakukan oleh suami dan juga isteri. Sama-sama ikut tips ini, InsyaAllah dengan izin Allah, anda dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.

Tips untuk mendapatkan anak:-

1) Turunkan berat badan anda ke berat yang ideal atau normal.
2) Jangan berputus asa terus berdoa kepada Allah kerana Allah lah yang memberi rezeki anak itu. Kita hanya berusaha dengan bersungguh-sungguh
3) Kurangkan mengambil gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan
4) Jauhkan dari minum soft drink dan jus dalam botol/ kotak. Buatlah jus sendiri itu lebih berkhasiat
5) Makan lebih sayuran hijau dan buah-buahan segar
6) Jauhkan makanan segera dan makanan sejuk beku
7) Bersenam 2/3 kali seminggu
8) Mengambil makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi seperti Multivitamin, Folik Asid, Vitamin E dan Zinc

kredit :DHA

Dilla cadangkan anda cuba SET KESUBURAN ini. Nak tahu kebaikannya, BACA SINI







Ramai pasangan dah cuba dan dengan izin Allah mereka dikurniakan zuriat. Yang penting kita berusaha, konsisten, berdoa dan berserah kepada Allah.
 
Master 2B Dilla
sms/whatsapp 019-727 0181
fadilaz2983@gmail.com
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Thursday, 13 November 2014

Pengorbanan itu penting



Nak dapatkan sesuatu perlu korbankan sesuatu. Setiap pengorbanan akan berbaloi jika dilakaukan bersungguh-sungguh
 
Jemput Like Page : KECANTIKAN TERINDAH

Tuesday, 7 October 2014

Bengkak susu @ Mastisis

Penyusuan bayi dengan susu ibu adalah satu pengalaman yang sangat indah. Namun ada kalanya berlaku pengalaman buruk bagi ibu seperti bengkak susu atau dikenali sebagai Mastisis. Bengkak susu adalah perkara semulajadi berlaku kerana banyak susu dihasilkan. Bagaimanapun pembengkakan boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat segera. Ibu perlu segera pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Jika ia berulang, minta doktor periksa tekak anak anda kerana takut ada jangkitan yang boleh menjangkiti payudara ibu.

 

Tanda-tanda bengkak susu
* Tanda merah pada payudara
* Payudara rasa bengkak dan sakit
* Simptom selsema, demam dan sakit urat

Apa yang boleh anda lakukan
* Teruskan menyusu
* Susukan anak sekerap munkin
* Susukan anak pada payudara yang bengkak dahulu
* Rangsang aliran susu dengan bersenam (lebih kepada bahagian tangan)

Jika dalam tempoh 12 jam bengkak susu masih ada, segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memberikan anda antibiotik yang selamat untuk ibu menyusu.
 
credit: Koleksi Pa&Ma

Monday, 6 October 2014

Jangan cepat putus asa



Kuatkan semangat dan terus berusaha. Percaya sebelum berjaya

Sunday, 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalammualaikum semua.

Dilla nak ucapkan kepada semua umat Islam di dunia ini, 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Apa jua pengorbanan yang kita lakukan, lakukanlah dengan ikhlas dan kerana Allah. Janji Allah itu pasti dan Allah beri yang terbaik kepada yang memohon kepadaNya. Semoga hidup kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. InsyaAllah

Wednesday, 1 October 2014

Lakukan SEKARANG

Assalammualaikum. 

Tulislah impian dan buat perancangan. Lakukan sehingga impian tersebut menjadi kenyataan. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal (DUIT). Ingatlah Allah ada bersama kita


Tuesday, 30 September 2014

Cinta

Apa yang anda suka??? 



Lakukan dengan rasa cinta dan semangat yang mendalam. Gembiralah selalu




Monday, 29 September 2014

Cantik Cara Tradisional

Semua ingin kelihatan cantik. Ada yang mengunakan produk-produk terkini di pasaran dan tidak kurang ada juga yang masih menggunakan cara tradisional. Cantik cara tradisional lebih selamat, tiada kesan sampingan dan mudah didapati. Jom lihat bagaimana cantik cara tradisional itu.

Tomato
Tomato boleh dikisar halus dan disapukan ke wajah. Biar selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan lebih halus dan segar



Putih telur
Ambil putih telur dan dijadikan masker pada wajah. Ia sangat bagus untuk melembutkan kulit dan mengecilkan pori-pori di wajah. Jika tidak mahu berbau campurkan sedikit madu
 








Daun Aloe Vera
Ia lebih dikenali sebagai daun lidah buaya. Kebanyakan produk masa kini ada campuran aloe vera sebagai  bahan utama. Lebih baik menggunakan aloe vera yang asli kerana kesan lebih optimum. Selepas penggunaan kulit lebih lembap dan menyegarkan
 





Air Basuhan Beras
Selepas mencuci beras jangan dibuang airnya. Basuh muka setiap hari dengan air basuhan beras ini. Kulit akan lebih bersih dan tiada lagi kulit kusam. cubalah.
 

picture credit google

Sharing is Caring

Alhamdulillah

Assalammualaikum...Sentiasalah bersyukur dan ucap Alhamdulillah. Rezeki Allah bermacam bentuk dan pelbagai cara kita perolehi.


Sunday, 28 September 2014

Tips semasa beri anak makan

Dilla nak kongsi Tips semasa beri anak makan. Jangan sesekali ibu lakukan ini kerana ia boleh mengganggu selera makan si manja






Jangan

1) Beri makan secara paksa
Ia akan membuat anak makan terlalu banyak dan cepat dalam masa yang singkat

2) Marah
Memarahi atau mengancam anak semasa makan menyebabkan mereka rasa takut bila tiba masa makan. Ini akan membuatkan mereka makan dengan terpaksa dan tidak akan suka apa yang mereka makan

3) Mengkritik
Komen negatif terhadap makanan yang dihidangkan di hadapan anak akan membuatkan mereka tidak suka makanan tersebut. Makanlah walau rasanya kurang sedap

Makan bersama anak dan beri anak makanan kegemarannya. Jika nak sesuatu yang menarik, buat hiasan mengikut kesukaan mereka. Makanlah dengan gembira


Selamat Pagi

Assalammualaikum


Wednesday, 24 September 2014

Detoks tubuh cara semulajadi

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah berjumpa kembali. Hari ini Dilla nak kongsikan Tips detoks tubuh cara semulajadi. Macam mana tu? Sebelum tu tahukah anda kenapa proses detoks ini perlu untuk tubuh kita? Proses detoks ini penting kerana ia boleh menyingkirkan toksin berlebihan dalam tubuh badan kita. Toksin berpunca daripada bahan kimia yang terkumpul berasal dari racun pestisid, udara yang dicemari asap rokok dan kenderaan serta persekitaran hidup yang tidak sihat. Toksin yang berlebihan di dalam badan akan mengundang bahaya dan mendatangkan pelbagai penyakit, Sebab itu proses detoksifikasi amat penting.

Anda boleh ikuti detoks cara semulajadi ini sendiri iaitu
1) Minum air dalam jumlah yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
2) Kurangkan pengambilan bahan kimia seperti ubat-ubatan. ia memberi impak kepada hati anda
3) Hadkan minuman berkafein.
4) Bersenam secara berkala setiap hari atau melakukan aktiviti mengemas rumah. Toksin dapat dikeluarkan melalui peluh.
5) Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi
6) Jadikan buah-buahan dan kekacang sebagai snek harian anda


sumber:Pa&Ma September 2012

Selamat mencuba

Dilla
Kaya dan Berjaya
 

Saturday, 13 September 2014

Membeli Sambil Menderma

Assalammualaikum semua. 

Bulan ni anda boleh membeli sambil menderma. Setiap pembelian 3 Canister Meal Shakes anda akan dapat Percuma 1 Canister yang berharga RM 113 dan 10% daripada belian tersebut akan didermakan kepada MyKasih Foundation untuk membantu kanak-kanak. 

Inilah masanya untuk anda memberi yang terbaik kepada si manja dan dalam masa yang sama anda membuat kebajikan. Meal Shakes bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga boleh mengambilnya terutama kepada sesiapa yang tidak suka menelan pil atau tablet. 




Peluang ini datang hanya sekali. Jangan lepaskannya dan dapatkannya HARI INI. Konsultasi PERCUMA diberikan kepada pelanggan saya. Jom hubungi saya sekarang



Tuesday, 22 July 2014

Tips bakar 100 kalori

Tips ini sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Jom Bakar 100 Kalori Sekarang dengan...
* Berjalan pantas 15 minit
* Lompat bintang 5 minit
* Senamrobik 15 minit
* Naik tangga 10 minit
* Sapu sampah 25 minit
* Basuh kereta 20 minit

Lakukan secara konsisten setiap hari pasti akan dapat berat badan yang ideal.





 
Boleh juga ambil Set Slimming Shaklee sebagai makanan tambahan dan membantu penurunan berat badan. Set ini berkonsep Bakar, Buang dan Bina. Nak ORDER, boleh KLIK SINI. Selepas order boleh hubungi Dilla untuk cara pengambilan suplemen yang betul. Kalau nak tanya-tanya dan perlukan bantuan tentang produk boleh juga hubungi Dilla



 

Sunday, 13 July 2014

Wednesday, 9 July 2014

Kelebihan puasa pada kesihatan

Kelebihan puasa pada kesihatan

Semua umat Islam diwajibkan berpuasa di Bulan Ramadhan berdasarkan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 : "Wahai orang-orang beriman telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa". Puasa juga banyak hikmah disebaliknya.

Kajian sains menunjukkan puasa memberi kesan positif pada kesihatan fizikal dan psikologi. Semasa berpuasa paras kolestrol dalam darah menjadi lebih baik, membantu menurunkan berat badan dan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung. Walaubagaimanapun pesakit yang menghidapi penyakit kronik tidak digalakkan untuk berpuasa kerana bimbang mengganggu tahap kesihatan mereka.

 Apabila berpuasa tubuh badan kita akan dibersihkan atau dinyah toksinkan antaranya seperti :-

# Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit 
# Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus
# Toksin dalam limpa, hati, buah pinggang dan yang tertanam dalam fiber selular serta tisu organ
# Asid lemak trans
# Kolestrol berlebihan
# Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan

Kelebihan dari berpuasa

# Kulit lebih halus dan lembut
# Sistem saraf diseimbangkan
# Sistem pencernaan direhatkan
# Berat badan dikurangkan
# Kecergasan otak dipertingkatkan
# Membantu menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh dengan mengawal paras gula

Selain itu, berpuasa juga dapat mengurangkan stress kerana kita lebih banyak beribadah kepada Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran

SELAMAT BERPUASA 
 

Sumber Metro Ahad


* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease.


 







Tuesday, 1 July 2014

Snek baik vs Snek Jahat




Kanak-kanak lebih gemarkan makanan ringan berbanding makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa perlu mendidik mereka sejak dari kecil supaya mencintai makanan berkhasiat dan jauhkan mereka daripada makanan ringan. Mari kita kenali apa itu snek baik dan snek jahat.


Snek Jahat @ Makanan Ringan









·         Gula-gula
·         Burger
·         Kentang goring
·         Aiskrim




Snek Baik @ Makanan Berkhasiat






·         Buah-buahan
·         Biskut bijirin
·         Roti
·         Sandwich
·         Dadih
·         Sayur-sayuran




Jika si kecil anda sudah terbiasa dengan makanan ringan, ibu-ibu jangan kecewa. Masih belum terlambat untuk menukarkan makanan tersebut kepada makanan berkhasiat. Ibu-ibu juga boleh memberi si kecil Meal Shakes Shaklee sebagai snek berkhasiat. Mengapa Dilla cadangkan Meal Shakes ini??? Mari lihat kebaikan dan apa kandungan di dalamnya.


1. Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. Sesuai untuk tumbesaran anak-anak.
 
2. Ia mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil 

3. Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. 

4. Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Sesuai untuk kanak-kanak yang sering mengalami masalah sembelit.

5. Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan 

6. Meningkatkan tahap imuniti anak khususnya bagi yang kerap demam, batuk dan selsema.

7. Membuka dan meningkatkan selera makan khususnya bagi anak-anak yang picky eater.





Siapa perlukannya???




Testimoni Meal Shakes




* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease.


 
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi saya seperti di bawah: 

  Sms/Whatsapp 019-727 0181

  email : fadilaz2983@gmail.com

  Fan Page Kecantikan Terindah

Followers