Kelebihan puasa pada kesihatan
Semua umat Islam diwajibkan berpuasa di Bulan Ramadhan berdasarkan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 : "Wahai orang-orang beriman telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa". Puasa juga banyak hikmah disebaliknya.
Kajian sains menunjukkan puasa memberi kesan positif pada kesihatan fizikal dan psikologi. Semasa berpuasa paras kolestrol dalam darah menjadi lebih baik, membantu menurunkan berat badan dan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung. Walaubagaimanapun pesakit yang menghidapi penyakit kronik tidak digalakkan untuk berpuasa kerana bimbang mengganggu tahap kesihatan mereka.
Apabila berpuasa tubuh badan kita akan dibersihkan atau dinyah toksinkan antaranya seperti :-
# Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit
# Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus
# Toksin dalam limpa, hati, buah pinggang dan yang tertanam dalam fiber selular serta tisu organ
# Asid lemak trans
# Kolestrol berlebihan
# Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan
Kelebihan dari berpuasa
# Kulit lebih halus dan lembut
# Sistem saraf diseimbangkan
# Sistem pencernaan direhatkan
# Berat badan dikurangkan
# Kecergasan otak dipertingkatkan
# Membantu menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh dengan mengawal paras gula
Selain itu, berpuasa juga dapat mengurangkan stress kerana kita lebih banyak beribadah kepada Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran
SELAMAT BERPUASA
# Sistem saraf diseimbangkan
# Sistem pencernaan direhatkan
# Berat badan dikurangkan
# Kecergasan otak dipertingkatkan
# Membantu menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh dengan mengawal paras gula
Selain itu, berpuasa juga dapat mengurangkan stress kerana kita lebih banyak beribadah kepada Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran
SELAMAT BERPUASA
Sumber Metro Ahad
* These statement have not been evaluated by the Food & Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or preventary disease.
1 comment:
banyak kelebihan berpuasa ni.. alhamdulillah... :)
Post a Comment