Friday, 28 March 2014

Anda boleh berjaya dalam penyusuan ibu.. sekiranya

Bagi ibu yang menyusu, untuk anda terus dalam medan perjuangan pastikan :

1. Anda sentiasa menyusukan si kecil secara langsung atau lakukan sesi perahan yang konsisten ( tidak lebih 3 jam untuk satu sesi ke sesi berikutnya demi memastikan hormon prolaktin akan terus dirembeskan).

2. Pastikan badan kita mendapat cukup khasiat dari pemakanan harian. Maka jangan sesekali SKIP meals, ini akan membantutkan penghasilan susuibu.

3. Pastikan badan mempunyai cukup bendalir...maka pengambilan air adalah salah satu faktor yang membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu.

4. Cuba kurangkan minuman yang sejuk, yang berkafien kerana ia akan mengganggu penghasilan susuibu dalam jangka panjang.

5. Booster setiap badan si ibu tidak sama, biasanya makanan atau minuman kegemaran yang boleh membuatkan ibu gembira akan meningkatkan penghasilan hormon oksitosin dan susu akan lebih mudah dihasilkan.

6. Si ibu perlu tahu mengawal apa jua atau sebarang bentuk tekanan. Tekanan boleh mengganggu kelancaran penghasilan susuibu.

7. Pengambilan vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan demi memastikan ibu terus sihat dan anak membesar dengan baik.

8. Banyakkan berzikir, solat sunat serta amalan2 murah rezeki seperti bersedekah....
 

Thursday, 27 March 2014

10 TIPS membakar lemak


Bila bercakap tentang TIPS nak kurus, nak bakar lemak..menderu semua nak tau kan.. hehehe..memang lemak-lemak ni mengganggu kehidupan harian kita dan kalau boleh nak  terus hilang lemak degil tu..tapi mana mungkin harini makan esok dah hilang. Sebab lemak yang ada dah bertahun-tahun dan berbulan-bulan lamanya dalam badan kita. Jadi tentulah ambil masa nak membakarnya dan singkirkan ia keluar dari badan. 
Tapi tak pe, meh tengok TIPS dibawah ini, mana tahu ia dapat membantu anda. Yang penting   perlukan semangat dan kesabaran yang kuat.


1. Epal

Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi dan ia boleh bergabung dengan kolestrol serta membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.


2. Bawang putih
Bawang putih mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.


3. Kacang soya
Kacang soya mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak. Protein di dalam kacang soya pula mengandungi isoflavon yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, khususnya oxidation of Low Destiny Lecithin (Kolesterol Jahat).


4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon

Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.


5. Bawang merah


 Mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.


6. Tauge

Tauge mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.


7. Lobak merah


Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan mampu membuang sisa lemak dengan cepat.


8. Tomato


Tomato mempunyai vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang tinggi, ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.


9. Oat

Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.


10. Teh hijau

Teh hijau mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.
Atau boleh juga cuba Shaklee Omega Guard dan Lecitin  sebagai agen pembakaran lemak anda. Dan boleh juga cuba Konsep 3B Shaklee iaitu Bakar, Buang dan Bina.




 Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan 
secara Part-time @ Full-time?


Berminat boleh hubungi ;

Sms/Whatsup 019-727 0181
Shaklee ID 892145 

Saturday, 8 March 2014

Makanan Membakar Lemak di Bahagian Perut

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua

Dilla nak share sikit Makanan untuk membakar lemak terutama sekali di bahagian perut. Ini kerana ada sesetengah orang tidak mengalami masalah berat badan tetapi sukar menghilangkan kandungan lemak di bahagian perut. Jadi apa kata anda cuba, makanan-makanan ini untuk membakar lemak di bahagian perut.

1) DADIH





Dadih adalah makanan yang kaya dengan kalsium. Menurut kajian yang dijalankan di University of Tennessee, ia boleh membantu mengurangkan berat badan di bahagian perut. 
(Dilla buat bisnes Dadih. Hari-hari Dilla dan My Love akan makan Dadih sebagai dessert kami).


2) TEH

Ia mengandungi catechin (bahan antioksida semulajadi tumbuhan phenol matabolit sekunder) yang mengurangkan keinginan terhadap karbohidrat dan menyebabkan termo genesis sederhana. Minum 2-4 cawan teh setiap hari dan sebelum bersenam akan meningkatkan proses metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak.  
(Dilla pilih untuk minum Shaklee Cinch Energy Tea Mix. Ia bukan sahaja berkhasiat malah bertenaga)




 3) IKAN MERAH




Ia merupakan sumber terbaik untuk membantu mengurangkan lemak di perut. Ia juga mengandungi protein pencernaan perlahan, kalsium yang menyumbang kepada pengurangan berat badan dan merendahkan paras hormon kelaparan serta membantu mengawal tekanan.


4) LEMAK TIDAK TEPU

Untuk kehidupan yang lebih sihat pada masa hadapan, guna lebih banyak minyak zaitun, avokado dan kacang dalam sajian makanan anda. Oleh itu kandungan lemak di perut dapat dikurangkan.


5) BUBUR OAT

Ia sangat kaya dengan serat dan boleh memenuhi selera makan serta mengurangkan rasa lapar sepanjang hari


6) TEMBIKAI



Ia mempunyai kandungan kalsium yang tinggi serta dapat mengawal tahap sodium dan konflik bengkak.


7) LIMAU GEDANG / LIMAU BALI



Ia sangat kaya dengan Vitamin C 


8) KACANG WALNUT



Kajian menunjukkan bahawa walnut boleh menurunkan tahap hormon tekanan seperti kortisol (menyumbang kepada kenaikan berat badan) kerana ia mengandungi asid lemak.


9) ROTI GANDUM




Penyelidik di University of Penn mendapati bahawa orang yang makan 5 hidangan bijirin penuh akan hilang sekurang-kurangnya 24% lebih berat di bahagian perut daripada mereka yang mengambil kalori makanan yang sama

sumber: Majalah Rezeki Oktober 2011

    
 
Berminat mahu mencuba produk Shaklee dan dengan konsultasi percuma?
 
 Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan 
secara Part-time @ Full-time?


Hubungi:
DILLA Sms/Whatsup 019-727 0181

Shaklee ID 892145 


dan LIKE PAGE Kecantikan Terindah

Followers