Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua
Dilla nak share sikit Makanan untuk membakar lemak terutama sekali di bahagian perut. Ini kerana ada sesetengah orang tidak mengalami masalah berat badan tetapi sukar menghilangkan kandungan lemak di bahagian perut. Jadi apa kata anda cuba, makanan-makanan ini untuk membakar lemak di bahagian perut.
1) DADIH
Dadih adalah makanan yang kaya dengan kalsium. Menurut kajian yang dijalankan di University of Tennessee, ia boleh membantu mengurangkan berat badan di bahagian perut.
(Dilla buat bisnes Dadih. Hari-hari Dilla dan My Love akan makan Dadih sebagai dessert kami).
2) TEH
Ia mengandungi catechin (bahan antioksida semulajadi tumbuhan phenol matabolit sekunder) yang mengurangkan keinginan terhadap karbohidrat dan menyebabkan termo genesis sederhana. Minum 2-4 cawan teh setiap hari dan sebelum bersenam akan meningkatkan proses metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak.
(Dilla pilih untuk minum Shaklee Cinch Energy Tea Mix. Ia bukan sahaja berkhasiat malah bertenaga)
3) IKAN MERAH
Ia merupakan sumber terbaik untuk membantu mengurangkan lemak di perut. Ia juga mengandungi protein pencernaan perlahan, kalsium yang menyumbang kepada pengurangan berat badan dan merendahkan paras hormon kelaparan serta membantu mengawal tekanan.
4) LEMAK TIDAK TEPU
Untuk kehidupan yang lebih sihat pada masa hadapan, guna lebih banyak minyak zaitun, avokado dan kacang dalam sajian makanan anda. Oleh itu kandungan lemak di perut dapat dikurangkan.
5) BUBUR OAT
Ia sangat kaya dengan serat dan boleh memenuhi selera makan serta mengurangkan rasa lapar sepanjang hari
6) TEMBIKAI
Ia mempunyai kandungan kalsium yang tinggi serta dapat mengawal tahap sodium dan konflik bengkak.
7) LIMAU GEDANG / LIMAU BALI
Ia sangat kaya dengan Vitamin C
8) KACANG WALNUT
Kajian menunjukkan bahawa walnut boleh menurunkan tahap hormon tekanan seperti kortisol (menyumbang kepada kenaikan berat badan) kerana ia mengandungi asid lemak.
9) ROTI GANDUM
Penyelidik di University of Penn mendapati bahawa orang yang makan 5 hidangan bijirin penuh akan hilang sekurang-kurangnya 24% lebih berat di bahagian perut daripada mereka yang mengambil kalori makanan yang sama
sumber: Majalah Rezeki Oktober 2011
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan
secara Part-time @ Full-time?
Hubungi:
DILLA Sms/Whatsup 019-727 0181
Shaklee ID 892145
dan LIKE PAGE Kecantikan Terindah







No comments:
Post a Comment