Semua ingin kelihatan cantik. Ada yang mengunakan produk-produk terkini di pasaran dan tidak kurang ada juga yang masih menggunakan cara tradisional. Cantik cara tradisional lebih selamat, tiada kesan sampingan dan mudah didapati. Jom lihat bagaimana cantik cara tradisional itu.
Tomato
Tomato boleh dikisar halus dan disapukan ke wajah. Biar selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan lebih halus dan segar
Putih telur
Ambil putih telur dan dijadikan masker pada wajah. Ia sangat bagus untuk melembutkan kulit dan mengecilkan pori-pori di wajah. Jika tidak mahu berbau campurkan sedikit madu
Daun Aloe Vera
Ia lebih dikenali sebagai daun lidah buaya. Kebanyakan produk masa kini ada campuran aloe vera sebagai bahan utama. Lebih baik menggunakan aloe vera yang asli kerana kesan lebih optimum. Selepas penggunaan kulit lebih lembap dan menyegarkan
Air Basuhan Beras
Selepas mencuci beras jangan dibuang airnya. Basuh muka setiap hari dengan air basuhan beras ini. Kulit akan lebih bersih dan tiada lagi kulit kusam. cubalah.
picture credit google
Sharing is Caring



1 comment:
terima kasih atas perkongsian ini
Post a Comment