Monday, 30 June 2014

BERSENAM



Setiap individu perlu bersenam secara tetap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap sesi. Ia akan membantu meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah ; mengurangkan tekanan mental ; membina stamina dan kekuatan fizikal ; serta membantu mengawal berat badan.


Bersenam bersama keluarga dan kawan-kawan lebih menyeronokkan dari bersendirian. Terdapat pelbagai senaman yang boleh dilakukan bersama seperti berjogging, berbasikal, berenang ataupun bermain badminton. Pilihlah permainan yang anda gemari supaya boleh dilakukan secara konsisten.



Monday, 23 June 2014

TIP PEMAKANAN IBU HAMIL



5 TIP PEMAKANAN IBU HAMIL
1 
    1) Amalkan memakan snek berkhasiat seperti kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan snek bergaram dan manis
      2)   Makan banyak kali sehari dalam hidangan kecil. Cara begini dapat mengelakkan risiko pedih ulu hati dan perut sentiasa berisi
       3)   Minum 8 gelas sehari untuk kekal hidrat.
     4)  Mengurangkan pengambilan apa sahaja jenis kafein setiap hari. Kafein bukan hanya ada dalam kopi malah ada di dalam teh, soda dan coklat.
  5) Ambil vitamin semasa hamil. Vitamin perlu kerana dapat membekalkan nutrient penting yang diperlukan tubuh terutama sekali pada bayi di dalam kandungan.
                                             

Ibu hamil

Followers